Saturday, November 9, 2013

Excite dalam tekanan..

Cuti tinggal seminggu..tapi untuk orang lainlah..aku kena hold lagi seminggu.. >.< 
Sedih gile..kena duduk sorang2..dahlah lately aku rasa die macam nak menjauhkan diri je daripada aku..aku mesej pun selalu tak jawab..hurmmmmm~. T_T

Aku tak tahu mane silapnya..maybe bukan jodoh aku kot..even aku pun pelik nape aku still sabar and hold on dengan perangai die..kadang2..eh salah, selalu jugak makan hati and terasa dengan die..tapi entahlah...pelik jugak kn...

Wait n see jelah..
Mempertaruhkan segalanya....

Tuesday, October 8, 2013

U Jump, I Jump!

U Jump, I Jump!

Satu laungan barangkali yang sering diulang2 oleh Jack Dawson dan Rose dalam cerita "Titanic". Suka aku dengar.
Nak2 bila disambut dengan muzik latar nyanyian Celine Dion iaitu "My Heart Will Go On".

Tapi..
yang pastinya, aku hanya senyum sendiri..

Lagu nie penuh makna yang sangat mendalam dan seperti ada cerita tentang aku. CINTA?? semakin pudar dalam erti hidup aku. Semua wanita yang aku jumpa, tiada bezanya.

Hampa.
Kecewa.
Semua ada, dan sebenarnya, lebih hingga tidak terungkap dengan kata2.

Wednesday, September 25, 2013

Pemburu Alam Lain

Semalam macam-macam perkara sempat aku merasa. Petang semalam, buat pertama kalinya aku turun dan mandi di sungai depan rumah nie.. huhu sejuk, jernih dan best!!!! hahahaaa puas aku cuba mengelak daripada terminum or tertelan air sungai.

Namun begitu, aktiviti paling best bukannya sewaktu petang itu. Tatkala malam menjelma, kami diajak untuk menyertai geng2 pemburu/penembak dalam air. Haaaaaaa~ cuak kot...dahlah gelap, torchlight x cukup, sejuk, kaki ayam pulak. Memang sakit gile masa tolak sampan kat jeram dalam gelap sebab taknak batu tajam ke tak..tau2 je dah sakit.. T_T

Tugas aku simple je sebab aku paling tak terer berenang, jadi tugas aku paling mudah tapi leceh iaitu, jaga sampan..aku kena dayung, tolak, or tarik sampan kat tepi2 tebing dalam gelap sebab torchlight semua pada diver..Masa tue, dah tak pikir takot hantu..Cuma takot ular or buaya je. Yelah, dah memang gelap kot. Harapkan cahaya bulan separa purnama tue je..huhu

Tak boleh blah jugaklah masa mula2 tue..sebab sampan aku hanyut 2 kali, berpusing 4 kali..haha silap2 boleh terbalik kot..tapi Alhamdulillah, boleh kawal semula dengan bantuan kawanlah.

Bila tengok geng2 nie menyelam dan menembak, aku rasa, ikan yang diorang jual sangatlah murah. RM10 sekilo?? nak dapatkan seekor pun susah gila. Aku rasa macam susah sangat nak mendapatkan rezeki. Ya Allah, aku bersyukur dengan rezeki yang aku terima daripadaMu. Sepanjang pemburu yang bermula dari 8 malam sehingga 1.30 pagi, kami tak berjaya menaikkan banyak ikan/udang pun. Sekitar 10++ kilo sahaja. Bila dibahagi kepada 3 bahagian, sebuah rumah dapat dalam 3kg. Tapi aku tak kisah sangat pun pasal ikan sebab ikan yang aku nak takde. Aku gile makan udang je..Hahaaa~ tapi nie betul2 pengalaman berharga bagiku. :)



*Esok dah nak balik, tapi tiket tak boleh print lagi. T_T
Duit dalam akaun pun tak boleh nak check sebab kena suspended
Perut lak meragam..harap jangan sampai dalam perjalanan sudahlah.

There is a long journey!!

Tuesday, September 24, 2013

Runsing

Semalam aku dikejutkan dengan mesej daripada adik aku mengatakan AYAH TIDAK SIHAT.. Memang runsing aku seharian..rasa nak migrain pun ada..nielah susahnya duduk jauh daripada keluarga. Bos aku tak masuk kerja pulak tue, so aku decide untuk standby semula plan yang patut terlebih dahulu sementara nak tunggu dia. Aku check semua tiket dan plan semua yang patut. Tapi bile jumpe bos, bos tak bagi cuti lame. So aku rasa better aku cuti minggu depan je. Tak terasa sangat cuti habis di perjalanan sahaja. Aku just boleh harap, everythings okay. Hurmmmmm

Btw, semalam aku ada jumpe blog "Hanis Zulikha" and terbaca satu post yang best..

"Bila Keknis travel terlalu banyak belakangan ini, Keknis tersedar akan satu hal, melakukan kebaikan rambang memang budaya kita. Budaya orang Malaysia. Tanpa perlu dikempenkan lagi, it's in us, it's the values we've been brought up with. Nilai masyarakat kita yang kita cuma akan lebih hargai bila kita berada dalam kalangan masyarakat yang takde amalkan nilai-nilai itu. Keknis takkan specify negara-negara mana yang berlaku hal ini, tapi ia berlaku waktu Keknis travel back-to-back to all these different countries lately. Dan bila jadi hal camtu, terserlah terus kelebihan orang kita yang buat Keknis rindu sangat Malaysia. Rindu untuk berada dalam kalangan orang kita.

1. Berlebih-kurang. 
Bila dekat negara sendiri dimanjakan dengan; duit tak cukup berapa puluh sen untuk beli satu benda kecil kat kedai runcit, terus dihalakan dengan "Okay takpelah, bolehlah *sambil tuan kedai terima berapa banyak saja yang kita ada*". Bila dekat negara asing, tak cukup 20sen, sambil seluk kocek seluk beg, kutil-kutil duit syiling yang nak dibayar tuh, kira betul-betul, memang nampak kesungguhan nak membeli dan membayar, tapi memang short 20sen, terus cashier simpan balik barang tuh dan pulangkan duit. SOBS SOBS

2. Berkongsi.

Dalam flight nak pulang ke tanah air, duduk sebelah orang negara asing. Pastu tengah bosing boran, ushalah magazine pouch dekat depan seat tuh kan, pastu nampak in-flight magazine jer boringgg, tiba-tiba nampak magazine cover Zhang Ziyi dekat magazine pouch orang sebelah, tangan main ambek jer tak terfikir langsung tuh dia punya, tiba-tiba orang tuh kata "That's mine". Pastu terasa diri ini macam rude sangat, teruslah cakap "OMG I am so sorry, I am so sorry, I didn't know".  Dia reply "It's okay". Tu jer. Noktah. Noktah. Nok-freaking-tah. Takde pun kata "You can read it first" ke..."It's okay if you want to read it" ker... Walhal sampai touchdown dia tak baca pun magazine tuh! Kalau orang Malaysia sure dah buat kebaikan rambang dengan bagi kita baca magazine dia. Awkward moment gila. Dah lama dimanjakan oleh masyarakat Malaysia, culture shock kejap I dengan masyarakat luar yang kedekut nih LOLOLOLOL.

3. Menjaga hati.

Kadang-kadang kita tak suka pun nak penuhi sesuatu permintaan yang kita tak gemar. Tapi sebab orang dah request elok-elok, kita mesti nak jaga hati orang tuh dan iya kan saja. Tak sampai hati nak tolak. Contoh paling senang; bila orang mintak nak dukung baby kita (eh sejak bila aku ada baby nih, oh contoh je rupanya). "Can I hold your baby?" atau "Boleh dukung tak?" mesti dapat jawapan, "eh dukung jelah" atau "boleh tapi dia tak berapa suka dengan orang". Tak pernah dapat jawapan "Sorry no you can't" atau "Engkau jangan sentuh baby aku". Sebab ia adalah salah satu kebaikan rambang yang kita buat bila kita ceriakan hari orang dengan beri dia peluang dukung bayi kita. Kan? Orang Malaysia dah lama hidup dengan aman dan harmoni dan penuh kebaikan rambang. Sebab orang Malaysia memang berbudi dan kuat jaga hati. Sebab tuh orang kita kalau nak menegur pun dia tegur dalam sinis. Berpantun berperibahasa bagai.


Every time I travel, I come back to Malaysia loving it even more. I can't help it. Malaysian courtesy can't be found elsewhere. Positively Malaysia.

Please kongsi apa kebaikan rambang yang korang lakukan atau rasai (atas jasa orang lain) lately ini. Jalan lupa guna hashtag #PositivelyMalaysia dan tagkan negeri korang, macam Keknis akan tag#Selangor . Kalau takde hashtag tak dapat nak kongsi dan galakkan orang lain buat benda sama dekat website http://www.malaysia.my/positivelymalaysia"




Bile pikir2, she's right!! Hahahahaa~ :)


Sunday, September 22, 2013

Excerciselah

Buncitlah perkara yang paling aku taknak terjadi. Huhuhuhuuu~ aku paling jaga bahagian perot aku. Tangan tak ketul2?? takpe, bahu tak bulat?? takpe, dada tak besar? takpe...jangan perut yang besar dan bulat..hahahaaha.. Kononnya semalam rancang nak bangun pagi nie, nak g workout lah sikit..nak jogging, and bergayut..Tapi, harapan...berat buntot lak..hahahaahaaa~ Badan pun da naik, bersukan dah kurang.

Dulu masa awal-awal main gym, semangat jugak jaga badan, jaga makan tapi sekarang nie dah susah sebab environment tak meningkatkan nafsu bersukan and jaga badan langsung. Boring je, makan..Lapar je, makan..Tengok tv, makan..Ibaratnya, makan tue 18jam daripada 24jamlah..baki tue tidurkan, mane ada orang boleh makan sambil tidur. Namapak sangat tipunya. Hahahahaaaa~ niat selalu ada, tapi pergerakannya selalu takde. Harapkan pergi ajar member workout dekat gym rakyat sebulan sekali jelah, baru workout, kalau tak, kompem buncitlah.. >.< OMG!!

Ok, start slow2 semula..
Standard Push up 2 set
Diamond Push Up 2 set
Typewriter 2 set
Sit up 2 set

#Keep it up!

Saturday, September 21, 2013

Kembali..

Assalamualaikum..

Mungkin title post nie pelik sikit sebab nie post pertama, tapi "Kembali"?? Actually, aku pernah blogging dulu, around 2008 kalau tak silap..and blogger tegar masa tue, just ada sebab-sebab tertentu, aku terpaksa shutdown. so now, I'M BACK!!

Hilangnya blog aku sebelum nie, hilang tempat untuk aku share or story problems aku sebab bagi aku, blog nie tempat aku hilangkan tekanan aku. Antara terapi paling mujarab dalam hidup aku, adalah share or bercerita. Tak kesahlah secara maya ataupun tidak. Atleast aku dapat bercerita dan biasanya lepas aku bercerita, aku boleh tidur. memang betul, masalah takkan hilang kalau kita tak selesaikan, tapi kita perlukan ketenangan untuk berfikir dan menyusun penyelesaian masalah kita.

so, sebab tue aku rasa, better aku buat balik blog nie. Cuma tak tahulah kekerapan untuk update tue. Hahahaha~