Wednesday, September 25, 2013

Pemburu Alam Lain

Semalam macam-macam perkara sempat aku merasa. Petang semalam, buat pertama kalinya aku turun dan mandi di sungai depan rumah nie.. huhu sejuk, jernih dan best!!!! hahahaaa puas aku cuba mengelak daripada terminum or tertelan air sungai.

Namun begitu, aktiviti paling best bukannya sewaktu petang itu. Tatkala malam menjelma, kami diajak untuk menyertai geng2 pemburu/penembak dalam air. Haaaaaaa~ cuak kot...dahlah gelap, torchlight x cukup, sejuk, kaki ayam pulak. Memang sakit gile masa tolak sampan kat jeram dalam gelap sebab taknak batu tajam ke tak..tau2 je dah sakit.. T_T

Tugas aku simple je sebab aku paling tak terer berenang, jadi tugas aku paling mudah tapi leceh iaitu, jaga sampan..aku kena dayung, tolak, or tarik sampan kat tepi2 tebing dalam gelap sebab torchlight semua pada diver..Masa tue, dah tak pikir takot hantu..Cuma takot ular or buaya je. Yelah, dah memang gelap kot. Harapkan cahaya bulan separa purnama tue je..huhu

Tak boleh blah jugaklah masa mula2 tue..sebab sampan aku hanyut 2 kali, berpusing 4 kali..haha silap2 boleh terbalik kot..tapi Alhamdulillah, boleh kawal semula dengan bantuan kawanlah.

Bila tengok geng2 nie menyelam dan menembak, aku rasa, ikan yang diorang jual sangatlah murah. RM10 sekilo?? nak dapatkan seekor pun susah gila. Aku rasa macam susah sangat nak mendapatkan rezeki. Ya Allah, aku bersyukur dengan rezeki yang aku terima daripadaMu. Sepanjang pemburu yang bermula dari 8 malam sehingga 1.30 pagi, kami tak berjaya menaikkan banyak ikan/udang pun. Sekitar 10++ kilo sahaja. Bila dibahagi kepada 3 bahagian, sebuah rumah dapat dalam 3kg. Tapi aku tak kisah sangat pun pasal ikan sebab ikan yang aku nak takde. Aku gile makan udang je..Hahaaa~ tapi nie betul2 pengalaman berharga bagiku. :)



*Esok dah nak balik, tapi tiket tak boleh print lagi. T_T
Duit dalam akaun pun tak boleh nak check sebab kena suspended
Perut lak meragam..harap jangan sampai dalam perjalanan sudahlah.

There is a long journey!!

No comments:

Post a Comment