Tuesday, September 24, 2013

Runsing

Semalam aku dikejutkan dengan mesej daripada adik aku mengatakan AYAH TIDAK SIHAT.. Memang runsing aku seharian..rasa nak migrain pun ada..nielah susahnya duduk jauh daripada keluarga. Bos aku tak masuk kerja pulak tue, so aku decide untuk standby semula plan yang patut terlebih dahulu sementara nak tunggu dia. Aku check semua tiket dan plan semua yang patut. Tapi bile jumpe bos, bos tak bagi cuti lame. So aku rasa better aku cuti minggu depan je. Tak terasa sangat cuti habis di perjalanan sahaja. Aku just boleh harap, everythings okay. Hurmmmmm

Btw, semalam aku ada jumpe blog "Hanis Zulikha" and terbaca satu post yang best..

"Bila Keknis travel terlalu banyak belakangan ini, Keknis tersedar akan satu hal, melakukan kebaikan rambang memang budaya kita. Budaya orang Malaysia. Tanpa perlu dikempenkan lagi, it's in us, it's the values we've been brought up with. Nilai masyarakat kita yang kita cuma akan lebih hargai bila kita berada dalam kalangan masyarakat yang takde amalkan nilai-nilai itu. Keknis takkan specify negara-negara mana yang berlaku hal ini, tapi ia berlaku waktu Keknis travel back-to-back to all these different countries lately. Dan bila jadi hal camtu, terserlah terus kelebihan orang kita yang buat Keknis rindu sangat Malaysia. Rindu untuk berada dalam kalangan orang kita.

1. Berlebih-kurang. 
Bila dekat negara sendiri dimanjakan dengan; duit tak cukup berapa puluh sen untuk beli satu benda kecil kat kedai runcit, terus dihalakan dengan "Okay takpelah, bolehlah *sambil tuan kedai terima berapa banyak saja yang kita ada*". Bila dekat negara asing, tak cukup 20sen, sambil seluk kocek seluk beg, kutil-kutil duit syiling yang nak dibayar tuh, kira betul-betul, memang nampak kesungguhan nak membeli dan membayar, tapi memang short 20sen, terus cashier simpan balik barang tuh dan pulangkan duit. SOBS SOBS

2. Berkongsi.

Dalam flight nak pulang ke tanah air, duduk sebelah orang negara asing. Pastu tengah bosing boran, ushalah magazine pouch dekat depan seat tuh kan, pastu nampak in-flight magazine jer boringgg, tiba-tiba nampak magazine cover Zhang Ziyi dekat magazine pouch orang sebelah, tangan main ambek jer tak terfikir langsung tuh dia punya, tiba-tiba orang tuh kata "That's mine". Pastu terasa diri ini macam rude sangat, teruslah cakap "OMG I am so sorry, I am so sorry, I didn't know".  Dia reply "It's okay". Tu jer. Noktah. Noktah. Nok-freaking-tah. Takde pun kata "You can read it first" ke..."It's okay if you want to read it" ker... Walhal sampai touchdown dia tak baca pun magazine tuh! Kalau orang Malaysia sure dah buat kebaikan rambang dengan bagi kita baca magazine dia. Awkward moment gila. Dah lama dimanjakan oleh masyarakat Malaysia, culture shock kejap I dengan masyarakat luar yang kedekut nih LOLOLOLOL.

3. Menjaga hati.

Kadang-kadang kita tak suka pun nak penuhi sesuatu permintaan yang kita tak gemar. Tapi sebab orang dah request elok-elok, kita mesti nak jaga hati orang tuh dan iya kan saja. Tak sampai hati nak tolak. Contoh paling senang; bila orang mintak nak dukung baby kita (eh sejak bila aku ada baby nih, oh contoh je rupanya). "Can I hold your baby?" atau "Boleh dukung tak?" mesti dapat jawapan, "eh dukung jelah" atau "boleh tapi dia tak berapa suka dengan orang". Tak pernah dapat jawapan "Sorry no you can't" atau "Engkau jangan sentuh baby aku". Sebab ia adalah salah satu kebaikan rambang yang kita buat bila kita ceriakan hari orang dengan beri dia peluang dukung bayi kita. Kan? Orang Malaysia dah lama hidup dengan aman dan harmoni dan penuh kebaikan rambang. Sebab orang Malaysia memang berbudi dan kuat jaga hati. Sebab tuh orang kita kalau nak menegur pun dia tegur dalam sinis. Berpantun berperibahasa bagai.


Every time I travel, I come back to Malaysia loving it even more. I can't help it. Malaysian courtesy can't be found elsewhere. Positively Malaysia.

Please kongsi apa kebaikan rambang yang korang lakukan atau rasai (atas jasa orang lain) lately ini. Jalan lupa guna hashtag #PositivelyMalaysia dan tagkan negeri korang, macam Keknis akan tag#Selangor . Kalau takde hashtag tak dapat nak kongsi dan galakkan orang lain buat benda sama dekat website http://www.malaysia.my/positivelymalaysia"




Bile pikir2, she's right!! Hahahahaa~ :)


No comments:

Post a Comment